Sejarah Silverfly (syarikat penerbangan)

Syarikat tersebut memulakan operasi mereka pada bulan September 2009,dengan penerbangan sulung ke Medan dari Bandaraya Ipoh,dengan kerjasama Riau Airlines dari Indonesia,dengan pesawat Fokker 50 milik mereka.Namun begitu,Silverfly mengumumkan penamatan kerjasama diantara kedua belah pihak,dan mereka kini menggunakan pesawat ATR 72-500,yang disewa daripada Berjaya Air.Pada 14 Februari 2010,Silverfly telah melancarkan penerbangan tanpa henti dari Ipoh ke Kota Bharu.Mereka juga berhasrat untuk memperluaskan lagi perkhidmatan mereka ke bandar-bandar utama di Malaysia,dan juga merancang untuk memiliki pesawat sendiri.Antara pesawat-pesawat yang dirancang adalah Airbus A320,ATR 72-500,dan juga Jet Korporat untuk penumpang Korporat.

Syarikat tersebut telah dilancarkan dengan rasminya pada 16 Mac ini,berserta dengan laman sesawang rasmi mereka iaitu www.silverflyperak.com.